Friday, December 31, 2010

Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu 2011 ( 1 Disember 2011 )















Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1,2,3,4,5,dan 6 telah diadakan di SMK Kamil pada hari ini. Bagi pelajar tingkatan satu, telah diadakan di Dewan Besar SMK Kamil. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zainuddin bin Harun, Pengetua SMK Kamil. Beliau telah menjelaskan  visi dan  misi baru SMK Kamil. Beliau juga menaruh harapan yang tinggi terhadap kecemerlangan SMK Kamil dan berharap agar kecemerlangan yang dicapai dapat terus dilonjakkan lagi dengan peningkatan 20% setiap tahun. Beliau juga turut membentangkan Perancangan Strategik SMK Kamil 2011 - 2015. Majlis tersebut berakhir pada pada jam 12.00 tengah hari.

Tuesday, December 28, 2010

Lawatan Kerja YBhg. Dato' Dr. Rosli Bin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia ke SMK Selising








PKP bersama-sama dalam Lawatan Kerja KSU / Majlis Taklimat RM9 oleh JPN kepada YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, di SMK Selising, Pasir Puteh, Kelantan.
Tarikh    :  28 Disember 2010
Masa     :  11.00 pagi
Tempat  :  SMK Selising, Pasir Puteh, Kelantan

Cttn : Rangkuman foto yang sempat dirakamkan ...

Friday, December 24, 2010

Thursday, December 23, 2010

Keputusan Peperiksaan PMR SMK Kamil 2010 (23 Disember 2010)






Tahniah! Sekali lagi SMK Kamil berjaya mengekalkan pencapaian 100%, dengan peningkatan pencapaian Straight A'S sebanyak 65 orang. Tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam merealisasi aspirasi tersebut. Tahniah kepada semua pelajar!

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2011 (22 Disember 2010)

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2011, diadakan pada 22 Disember 2010, bertempat di Dewan Bestari SMK Kamil (9.00 pagi - 2.05 petang)