Thursday, January 27, 2011

Minggu Silaturrahim Pelajar Asrama 2011

Minggu Silaturrahim pelajar asrama telah diadakan mulai 23 - 27 Januari 2011. Pelbagai pengisian telah dirancang dan dilaksanakan. Aktiviti program telah diadakan di dewan Besar SMK Kamil.






































Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj. Azmi Mohamad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh, Pengurusan Kemanusiaan (Mewakili PPD Pasir Puteh)

Mesyuarat Pentadbir

Mesyuarat Pertama Pentadbir telah diadakan pada 26 Januari 2011 sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh   :   26 Januari 2011
Masa    :   10.00 pagi
Tempat :   Bilik Gerakan Wawasan












Mesyuarat ini penting bagi mengambil beberapa keputusan / penetapan dasar bagi mempastikan SMK kamil terus cemerlang dan tersohor dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum sepanjang tahun.

Fasiliti : Formula One dan Reka Cipta

Kehadiran guru baru iaitu Che Adenam akan meneruskan kesinambungan P&P bagi subjek Reka Cipta di SMK Kamil. Cikgu Adenam kelihatan amat bersemangat untuk mempastikan segala kemudahan yang ada dapat diurus secara terbaik.








PKP bersama Guru Kanan Teknik Vokasional turut meninjau sebuah bilik yang dikhususkan untuk subjek Reka Cipta. Diharapkan bili tersebut dapat digunakan untuk tujuan P&P, kerja-kerja amali dan penyimpanan bahan-bahan penting subjek berkenaan.

Info Gambar: Kelihatan Cikgu Adenam sedang memulakan usaha-usaha  membersihkan bilik berkenaan (26 Januari 2011)

Selamat Datang Guru Baru 2011

SMK Kamil menerima kehadiran 4 orang guru baru, iaitu Cikgu Norlelawati (Kimia), Cikgu Tuan Yam (Ekonomi), Cikgu Che Adenam (KH, Reka Cipta), Cikgu Aliza (BM, Sejarah). Manakala Cik Hazirah iaitu seorang guru praktikum dari Unisza telah melapor diri pada 1 Januari 2011.
Selamat menjadi sebahagian daripada warga SMK Kamil.




Selamat Datang ... Selamat Bertugas.